Sunday, December 31, 2017

Niat: Cinta Kerana Allah

#1

Niat: Cinta Ini Kerana Allah !

Karya: Mohd Hanis bin Nasruddin
Olahan: Sayyidati Nursyuhada

Bismillah wassolatu wassalam 'ala Rasulina Muhammadin al-Musthofa

Dengan hammun (ambil berat/concern/interest) pada sesuatu kebaikan, kita sudah mendapat pahala..

Dengan niat, Nabi SAW menjanjikan bahawa:

...وإنما لكل امرئ ما نوى..

"...setiap seseorang akan mendapatkan apa yang dia niatkan..."

Maka, niat ini bukanlah suatu perkara kecil atau remeh, bahkan nilainya amat besar sekali.

Begitu juga bab pernikahan,
Seseorang yang niatnya ingin menikah kerana ingin menjaga kehormatan diri dan kemuliaannya, Allah pasti akan menolongnya..

Bayangkanlah, di saat pertolongan Allah datang buat hamba-Nya yang ingin menikah dek niatnya yang jujur. Kita dapat lihat betapa besarnya dan betapa pentingnya niat di sisi mukmin..

Cinta kerana Allah; 

Ertinya kita mencintai Allah terlebih dulu, 
lebih besar, lebih lama, lebih banyak, 
melebihi segala sesuatu yang lain selain Allah.

Tatkala Allah sudah lebih sering kita dampingi, 
lebih banyak kita ingati, lebih besar pengorbanan kita 
di jalan-Nya, lebih kita cintai 
berbanding yang lain...

Barulah kita layak mengatakan,

"Aku mencintaimu kerana Allah."


Maka,
Apakah sebenarnya niat kita dalam mendirikan sebuah bahtera pernikahan?

Simple sahaja ukurannya,

Jika niat kita ingin menikah kerana Allah, pasti dan pasti kita akan mengutamakan pandangan Allah daripada pandangan hawa nafsu.

Contohnya: Kita tahu berdua itu dilarang, maka kita berusaha menjarakkan / kita menyedari ikhtilat itu haram, maka kita tinggalkan yang tak perlu dan lain-lain.

Semuanya melawan arus kehendak kita..
Perasaan berat dan gelisah menerpa..

Namun rasa berat ini..Allah Maha Tahu, 
Kita sebagai hamba-Nya yakin Allah akan bantu, 
Pasti keindahanlah janji-Nya utk mereka yang sabar menunggu

Namun,
Jika niat kita bukan kerana Allah,
Maka segala rasa yang pada hakikatnya tidak baik, kita jadikan baik,
Itulah usaha syaitan mencantikkan apa yang sebenarnya maksiat.. 
Wa na'uzubillahi min zalik.

(Jom kita ambil ibrah daripada video yang akan menyusul di bawah nanti tentang Perbezaan Hati vs Dada. Semoga manfaatnya kita raih bersama lalu disampaikan kepada yang lain juga

Ayuh! Apakah yang harus dikejarkan dan dirisaukan lagi jika kita telahpun cuba menyempurnakan usaha.. Sekarang tinggal memperbanyakkan doa dan tawakkal pada-Nya...

Dalam berdoa, ingatlah sabda Rasulullah SAW:

لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ الدُّعَاءُ وَلاَ يَزِيدُ فِي الْعُمُرِ إِلاَّ الْبِرُّ

Yang bermaksud: "Tiada apa yang dapat mengubah takdir melainkan doa, dan tiada yang dapat menambahkan umur (seseorang) melainkan (amal) kebaikan." 
(Riwayat at-Tirmidzi)

Begitu juga, dalam bertawakkal, hayatilah firman Allah SWT yang cukup menenangkan ini:

وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا


Yang bermaksud: "Dan sesiapa berserah diri kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya. Sesungguhnya Allah melakukan perkara yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah menentukan tiap-tiap sesuatu.
(At-Thalaq 65:3)

Semoga Allah mencukupkan segala kehendak pasangan yang akan mahupun telah berkahwin, untuk pernikahan yang barokah, sakinah, mawaddah dan rahmah.

Semoga Allah mencukupkan lagi dengan anak-anak yang soleh solehah hasil pernikahan.

Dan, semoga Allah mencukupkan ikatan yang teguh itu berkekalan selamanya sehingga disatukan lagi di dalam Syurga Allah SWT sebagai suami isteri selama-lamanya. 

Di sana tiada lagi sengsara dan putus asa. Segala-galanya tenang, abadi dan bahagia. Allahumma amiin ya Rabbal 'Alamin.

Semoga perkongsian ini bermanfaat serta menjemput redha dan kasih sayang-Nya buat semua!

Wallahua'lam bissowab.


Animated Lecture:
[When Shaytaan Enters Heart by Ustaz Nouman Ali Khan]


Tuesday, November 28, 2017

Tentang Diri

Mohd Hanis bin Nasruddin
Kelulusan Bahasa Arab Pengkhususan Linguistik
Universiti Hassan II Mohammedia, Morocco.


Siti Nursyuhada binti Ahmad Fuad
Kelulusan Pengajian Islam Pengkhususan Usul Fiqh
Universiti Hassan II Mohammedia, Morocco.

Monday, September 18, 2017

Temuduga Guru Dini


بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Alhamdulillah...

   Hari ini saya nak berkongsi dengan pembaca sekalian berkenaan pengalaman temuduga Guru Dini di IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Saya orang Negeri Sembilan dan memilih untuk mengajar di sekitar negeri kelahiran saya ini. Jadi, mungkin inilah sebabnya kenapa saya terpilih untuk membuat kursus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan juga melibatkan diri dalam temuduga untuk pemilihan sebagai guru dini mengikut kurikulum terbaru iaitu Kurikulum Bersepadu Dini (KBD).

1. UKCG

   Ujian ini ditubuhkan untuk menguji CIRI-CIRI guru dalam diri calon. Bagi saya, kerajaan semakin mengetatkan pengambilan calon guru ini kerana mereka mahu mewujudkan guru-guru yang cemerlang dalam kerjayanya. Umumnya, tidak semua yang memohon jawatan sebagai guru ini mempunyai ciri-ciri seorang guru kerana ada juga yang mohon kerja perguruan kerana nak keluar daripada pengangguran, mahu jawatan kerajaan, rasa best jadi guru dan lain-lain. 

   Secara peribadinya, sesiapa yang nak memohon jawatan guru perlulah benar-benar berminat untuk mendalami perwatakan seorang guru, bersedia berkongsi ilmu dan kefahaman kepada murid-murid dan menyandang amanah sebagai guru dan ibu bapa...

Moga saya khususnya dan pembaca secara umumnya dapat mempraktikkan ilmu-ilmu perguruan dan mengimplimentasikannya sewaktu berkhidmat. 😀 

2. Temuduga

   Waktu antara UKCG dan Temuduga untuk sesi saya sangat pendek. Masa untuk meneliti semua kitab-kitab sebagai usaha mengulang kaji mungkin tidak mencukupi tambahan lagi jika calon sedang bekerja. Tarikh UKCG saya adalah 17 Ogos 2017 manakala tarikh Temuduga Guru Dini menyusul pada 18 September 2017.  Saya mendapat e-mel daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk panggilan temuduga adalah pada 11 September 2017 (seminggu sebelum temuduga).

Oleh yang demikian, walau apa pun yang berlaku, kita memang kena bersedia selalu, kan? 😂

Calon akan mendapat nombor kumpulan dalam surat temuduga. Kumpulan saya adalah "1D" dan alhamdulillah saya berada dalam satu kumpulan dengan rakan saya, Kamil, yang mana persahabatan kami baru terikat ketika kami bertemu di UKCG di IPG Kampus Temenggong Ibrahim yang lepas. Saya juga berada dalam satu kumpulan bersama senior saya dari Morocco, Kak Fatin Murtadza.
Alhamdulillah, tak lah saya rasa kekok kan~~

  • Karangan Dwibahasa
Sebelum saya melangkah ke dalam kelas 1D, kami akan dibekalkan dua kertas soalan:
  1. Kertas Hasrat : Menyatakan hasrat kita untuk menjadi guru
  2. Kertas B Arab : Tulis karangan Bahasa Arab
TIPS : Calon perlu menulis hasrat yang mana isi-isinya dapat diberikan penjelasan dan huraian. Macam saya, saya tulis "....seperti yang diinginkan oleh Falsafah Pendidikan Negara". Tak sangka panel tanya saya "Sila huraikan Falsafah Pendidikan Negara kepada kami"...

Saya senyum syukur sebab dah hafal~~~
Alhamdulillah

TIPS : Calon perlu menguasai penulisan Bahasa Arab kerana karangan Bahasa Arab ini bukanlah mudah. Soalannya seperti berikut:

  1. "صارتْ مهنةُ التَعْليم مِهْنَةً مرغوبةً لدى مُتَخَرِّجي الجَامِعَات": اكتب مميزات هذه المهنة مع الأدلة المناسبة.
  2. لماذا تحب أن تكون معلما؟
  3. ما هي مهرات تملكها لتصبح معلما؟
Saya nasihatkan agar calon letakkan dalil dalam karangan Bahasa Arab kalian spt ayat Al-Quran, qoul hukama', hadis Nabawi dll.

Selepas selesai tulis karangan, kami dikehendaki membuat semakan dokumen.

  • Semakan Dokumen
TIPS : Buat 2 salinan dokumen atau lebih yang telah disahkan. Ramai juga calon guru yang buat satu salinan sahaja. Pastu kena la sindiran: "Patutnya calon guru perlu bawa dokumen lengkap".

Bawa juga penyepit kertas (double clip) dan stapler untuk susun kertas secara tersusun. Dokumen original guna double clip manakala dokumen salinan yang telah disahkan guna stepler.

Susun dokumen ikut turutan senarai semak.

!!!Dokumen calon yang tak cukup tidak akan dinilai temuduganya!!!

Tunggu nama kumpulan dipanggil, lalu kami berangkat ke bilik temuduga.

  • Siri Pertama: Temuduga Berkumpulan

Calon yang melalui sesi temuduga ini (kerana ada kumpulan yang akan masuk ke siri amali dahulu) akan masuk ke dalam kelas yang dikendalikan oleh dua orang panel soleh. Kemudian, calon akan melalui peringkat-peringkat yang berikut :
  1. Pengenalan Diri
  2. Menjawab komentar panel terhadap "surat hasrat"
  3. Membuat pembentangan kumpulan
  4. Memberi personaliti peribadi bagi meyakinkan panel kita perlu dipilih bekerja dengan mereka
TIPS : Pastikan calon pakai nametag sebab ia syarat kekemasan diri sebagai guru. Sebaiknya kenakan blazer dan songkok untuk markah tambahan.

1) Pengenalan diri
Calon hendaklah perkenalkan diri dari sudut nama, tempat tinggal, kelulusan universiti, visi misi kalau ada dll

2) Surat Hasrat
Jawab semua komentar panel terhadap karangan kita dalam surat hasrat.

3) Membuat pembentangan kumpulan
TIPS : Banyakkan bercakap dan terkehadapan dalam menyampaikan input. Gunakan adab-adab mencelah, memberi soalan, mengkritik, membuat kesimpulan.

Kami diberi kertas yang mengandungi soalan berikut :

وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ إِلَّا رِجَالٗا نُّوحِيٓ إِلَيۡهِمۡۖ فَسۡ‍َٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ٤٣ بِٱلۡبَيِّنَٰتِ وَٱلزُّبُرِۗ وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلذِّكۡرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيۡهِمۡ وَلَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ ٤٤

43. Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.
44. keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab. Dan Kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan

"Apakah kaitan ayat Al-Quran di atas dengan Kurikulum Pendidikan Islam"

4) Memberi personaliti peribadi
Yakinkan panel bahawa kita mempunyai ciri-ciri sebagai seorang guru berdasarkan pengalaman peribadi, pengalaman kerja, sijil, jawatan dll...

Kemudian kami berehat dan bersedia menjalani ujian Amali pula pada pukul 14:00.

  • Siri Kedua: Amali Individu

Ujian ini adalah ujian individu. Ada dua panel juga yang akan menemuduga calon dengan dua jenis skop yang berbeza:

  1. Al-Quran
  2. Bahasa Arab
1) Amali Al-Quran

Soalan yang saya dapat adalah :

*Hukum tajwid : Mad Lazim Harfi Muthaqqal (المص) dan Mad Lazim Harfi Mukhaffaf (كهيعص). Kemudian baca petikan ayat Al-Quran dan sebutkan hukum tajwid dan cara bacaan (Idham Bila Ghunnah/ Imalah dan maksudnya)

TIPS: Baca juga Isymam/Roum/Mad Farq/Mad Badal/Naql/Tashil dll

*Tebuk Surah Yassin (member lain dapat As-Sajjadah/Al Mulk/Al-Waqi'ah)

*Baca Surah An-Naba' (member lain dapat Al-'Adiyat/An-Nazi'at dan Surah Juz Amma yang lain)

TIPS: Hafal Juz Amma

2) Bahasa Arab

Soalan yang saya dapat adalah :

*Baca petikan Bahasa Arab yang tiada baris

*Jawab soalan yang diberikan secara syafawi berdasarkan petikan tersebut

*Panel tanya soalan dalam Bahasa Arab dan saya kena jawab dalam Bahasa Arab juga

  1. هل يجوز أن نشرك بالله؟
  2. ماذا تنصحه للتلاميذ الذين لا يحترمون المعلمين.
*Fardhu Ain : Sebutkan 5 sebab mandi wajib (member dapat 5 sebab batal wudu')

*Soalan luar : Baca doa selepas azan dengan betul

Inilah perkongsian saya berkenaan apa yang saya lalui semalam. Saya berdoa untuk semua calon guru agar dapat kejayaan dalam usaha mereka menjadi guru dan dipermudahkan segala urusan.

Sekian, wassalam.



Wednesday, January 18, 2017

How to find Allah_Sheikh Muhammad Yahya al-Ninowy


From : https://www.youtube.com/watch?v=urTvOLxH2J4

- Search for Allah,,if you did 60 rakaat per day, but you don't want to run to Allah by knowing Him, like Abu Hamid al Ghazali said: "La tasihhu ibadat man lam ya'rif Allah"..you just make your ritual ibadah and it doesn't make any change for your heart..

- There is difference between INFORMATION and REALISATION (Makrifah)

- "Ya Ayyuhannasu Innaka Kadihun Ila Robbika Kadhan Famulaqiih" : You are on a journey to Allah, the beginning of the journey must start with His love, walking until you find Him...if we start with LOVE, we will not give up..someone who seeking Allah, if he doesn't find Him yet, his heart still not resting, until he truly find Allah, so that his heart feel peace...Allah Azza wa Jalla said: "Ala bizikrillahi tatma'innul qulub"

- When someone forgets Allah, as he busy with His Nikmat rather than Mun'im, so ALLAH makes him forget himself...he doesn't know his own purpose in this worldly life...

- Zikr opposite Ghaflah...if you make Zikr but your heart doesn't remember Him, so you are not from Zakiriin...Manatiqah said, that normally thing is defined by its opposite (ex: day&night)..

- Allah promised us that "wallazina jahaduu fina lanahdiyannahum subulana"...

- Allah Toyyib wa la yaqbalu illa tToyyibah...sacrifice something precious to seek Allah... :)

- We do good, for the worthy one and not..because we doing good for the people who are worthy to receive good because they are worthy to receive good, besides, we do good to the unworthy people because we are worthy of them in doing good..

- اتق شر من أحسنت إليه

- To be good, we need to ijtihad...although we are in the highest maqam of Awliya'...see what have Maryam did in her time giving birth to Isa AS, even she is Shiddiqah, Allah still wants her to give efforts..."wa huzzi ilaiki bijiz'in nakhlati tusaqit 'alaihi rutoban janiyya.."

- The flame of Mahabbah will never off.. do not give up on seeking Allah

- See how Salman Al Muhammadiy (al-Farisi) was seeking Allah throughout a lot of non-Islamic scholars until he met Rasulallah SAW... (YouTube: How to Find Allah:: Shaykh Muhammad bin Yahya Al Ninowy)

- We cannot find Musthofiy (Allah SWT) except we find Musthofa (Rasulullah SAW) first....

- The one who loves Allah, his heart will smooth, easy to do good deeds, his heart is calm..this Dunya is for him, he gives everything and doesn't feel scared about his Rizk, "wa yut'imuna tTo'am 'ala hubbihi (hubbu Rasulillah) miskinan wa yatiman waasira,,innama nut'imukum li wajhillah..."

- Ibrahim b Adham, left his son orphan and all his eminence just to seek Allah SWT in this Dunya,,he has everything in Dunya once but he said that he didn't find Allah with it...

- Practice our Deen for our spiritual upgrading process, not a ritual...

Mohd Hanis,
Student of University Hassan II, Mohammedia, Morocco

Definisi Tasawuf dan Ajaran-Ajarannya

#8 بسم الله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على رسول الله. أما بعد. Bahagian I Definisi Tawasuf dan Ajaran-ajarannya (Kenyataan ...