Monday, September 18, 2017

Temuduga Guru Dini


بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Alhamdulillah...

   Hari ini saya nak berkongsi dengan pembaca sekalian berkenaan pengalaman temuduga Guru Dini di IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Saya orang Negeri Sembilan dan memilih untuk mengajar di sekitar negeri kelahiran saya ini. Jadi, mungkin inilah sebabnya kenapa saya terpilih untuk membuat kursus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan juga melibatkan diri dalam temuduga untuk pemilihan sebagai guru dini mengikut kurikulum terbaru iaitu Kurikulum Bersepadu Dini (KBD).

1. UKCG

   Ujian ini ditubuhkan untuk menguji CIRI-CIRI guru dalam diri calon. Bagi saya, kerajaan semakin mengetatkan pengambilan calon guru ini kerana mereka mahu mewujudkan guru-guru yang cemerlang dalam kerjayanya. Umumnya, tidak semua yang memohon jawatan sebagai guru ini mempunyai ciri-ciri seorang guru kerana ada juga yang mohon kerja perguruan kerana nak keluar daripada pengangguran, mahu jawatan kerajaan, rasa best jadi guru dan lain-lain. 

   Secara peribadinya, sesiapa yang nak memohon jawatan guru perlulah benar-benar berminat untuk mendalami perwatakan seorang guru, bersedia berkongsi ilmu dan kefahaman kepada murid-murid dan menyandang amanah sebagai guru dan ibu bapa...

Moga saya khususnya dan pembaca secara umumnya dapat mempraktikkan ilmu-ilmu perguruan dan mengimplimentasikannya sewaktu berkhidmat. 😀 

2. Temuduga

   Waktu antara UKCG dan Temuduga untuk sesi saya sangat pendek. Masa untuk meneliti semua kitab-kitab sebagai usaha mengulang kaji mungkin tidak mencukupi tambahan lagi jika calon sedang bekerja. Tarikh UKCG saya adalah 17 Ogos 2017 manakala tarikh Temuduga Guru Dini menyusul pada 18 September 2017.  Saya mendapat e-mel daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk panggilan temuduga adalah pada 11 September 2017 (seminggu sebelum temuduga).

Oleh yang demikian, walau apa pun yang berlaku, kita memang kena bersedia selalu, kan? 😂

Calon akan mendapat nombor kumpulan dalam surat temuduga. Kumpulan saya adalah "1D" dan alhamdulillah saya berada dalam satu kumpulan dengan rakan saya, Kamil, yang mana persahabatan kami baru terikat ketika kami bertemu di UKCG di IPG Kampus Temenggong Ibrahim yang lepas. Saya juga berada dalam satu kumpulan bersama senior saya dari Morocco, Kak Fatin Murtadza.
Alhamdulillah, tak lah saya rasa kekok kan~~

  • Karangan Dwibahasa
Sebelum saya melangkah ke dalam kelas 1D, kami akan dibekalkan dua kertas soalan:
  1. Kertas Hasrat : Menyatakan hasrat kita untuk menjadi guru
  2. Kertas B Arab : Tulis karangan Bahasa Arab
TIPS : Calon perlu menulis hasrat yang mana isi-isinya dapat diberikan penjelasan dan huraian. Macam saya, saya tulis "....seperti yang diinginkan oleh Falsafah Pendidikan Negara". Tak sangka panel tanya saya "Sila huraikan Falsafah Pendidikan Negara kepada kami"...

Saya senyum syukur sebab dah hafal~~~
Alhamdulillah

TIPS : Calon perlu menguasai penulisan Bahasa Arab kerana karangan Bahasa Arab ini bukanlah mudah. Soalannya seperti berikut:

  1. "صارتْ مهنةُ التَعْليم مِهْنَةً مرغوبةً لدى مُتَخَرِّجي الجَامِعَات": اكتب مميزات هذه المهنة مع الأدلة المناسبة.
  2. لماذا تحب أن تكون معلما؟
  3. ما هي مهرات تملكها لتصبح معلما؟
Saya nasihatkan agar calon letakkan dalil dalam karangan Bahasa Arab kalian spt ayat Al-Quran, qoul hukama', hadis Nabawi dll.

Selepas selesai tulis karangan, kami dikehendaki membuat semakan dokumen.

  • Semakan Dokumen
TIPS : Buat 2 salinan dokumen atau lebih yang telah disahkan. Ramai juga calon guru yang buat satu salinan sahaja. Pastu kena la sindiran: "Patutnya calon guru perlu bawa dokumen lengkap".

Bawa juga penyepit kertas (double clip) dan stapler untuk susun kertas secara tersusun. Dokumen original guna double clip manakala dokumen salinan yang telah disahkan guna stepler.

Susun dokumen ikut turutan senarai semak.

!!!Dokumen calon yang tak cukup tidak akan dinilai temuduganya!!!

Tunggu nama kumpulan dipanggil, lalu kami berangkat ke bilik temuduga.

  • Siri Pertama: Temuduga Berkumpulan

Calon yang melalui sesi temuduga ini (kerana ada kumpulan yang akan masuk ke siri amali dahulu) akan masuk ke dalam kelas yang dikendalikan oleh dua orang panel soleh. Kemudian, calon akan melalui peringkat-peringkat yang berikut :
  1. Pengenalan Diri
  2. Menjawab komentar panel terhadap "surat hasrat"
  3. Membuat pembentangan kumpulan
  4. Memberi personaliti peribadi bagi meyakinkan panel kita perlu dipilih bekerja dengan mereka
TIPS : Pastikan calon pakai nametag sebab ia syarat kekemasan diri sebagai guru. Sebaiknya kenakan blazer dan songkok untuk markah tambahan.

1) Pengenalan diri
Calon hendaklah perkenalkan diri dari sudut nama, tempat tinggal, kelulusan universiti, visi misi kalau ada dll

2) Surat Hasrat
Jawab semua komentar panel terhadap karangan kita dalam surat hasrat.

3) Membuat pembentangan kumpulan
TIPS : Banyakkan bercakap dan terkehadapan dalam menyampaikan input. Gunakan adab-adab mencelah, memberi soalan, mengkritik, membuat kesimpulan.

Kami diberi kertas yang mengandungi soalan berikut :

وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ إِلَّا رِجَالٗا نُّوحِيٓ إِلَيۡهِمۡۖ فَسۡ‍َٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ٤٣ بِٱلۡبَيِّنَٰتِ وَٱلزُّبُرِۗ وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلذِّكۡرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيۡهِمۡ وَلَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ ٤٤

43. Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.
44. keterangan-keterangan (mukjizat) dan kitab-kitab. Dan Kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan

"Apakah kaitan ayat Al-Quran di atas dengan Kurikulum Pendidikan Islam"

4) Memberi personaliti peribadi
Yakinkan panel bahawa kita mempunyai ciri-ciri sebagai seorang guru berdasarkan pengalaman peribadi, pengalaman kerja, sijil, jawatan dll...

Kemudian kami berehat dan bersedia menjalani ujian Amali pula pada pukul 14:00.

  • Siri Kedua: Amali Individu

Ujian ini adalah ujian individu. Ada dua panel juga yang akan menemuduga calon dengan dua jenis skop yang berbeza:

  1. Al-Quran
  2. Bahasa Arab
1) Amali Al-Quran

Soalan yang saya dapat adalah :

*Hukum tajwid : Mad Lazim Harfi Muthaqqal (المص) dan Mad Lazim Harfi Mukhaffaf (كهيعص). Kemudian baca petikan ayat Al-Quran dan sebutkan hukum tajwid dan cara bacaan (Idham Bila Ghunnah/ Imalah dan maksudnya)

TIPS: Baca juga Isymam/Roum/Mad Farq/Mad Badal/Naql/Tashil dll

*Tebuk Surah Yassin (member lain dapat As-Sajjadah/Al Mulk/Al-Waqi'ah)

*Baca Surah An-Naba' (member lain dapat Al-'Adiyat/An-Nazi'at dan Surah Juz Amma yang lain)

TIPS: Hafal Juz Amma

2) Bahasa Arab

Soalan yang saya dapat adalah :

*Baca petikan Bahasa Arab yang tiada baris

*Jawab soalan yang diberikan secara syafawi berdasarkan petikan tersebut

*Panel tanya soalan dalam Bahasa Arab dan saya kena jawab dalam Bahasa Arab juga

  1. هل يجوز أن نشرك بالله؟
  2. ماذا تنصحه للتلاميذ الذين لا يحترمون المعلمين.
*Fardhu Ain : Sebutkan 5 sebab mandi wajib (member dapat 5 sebab batal wudu')

*Soalan luar : Baca doa selepas azan dengan betul

Inilah perkongsian saya berkenaan apa yang saya lalui semalam. Saya berdoa untuk semua calon guru agar dapat kejayaan dalam usaha mereka menjadi guru dan dipermudahkan segala urusan.

Sekian, wassalam.



2 comments:

  1. Salam ustaz...kalau x dapat jawab...ada kemungkinan ke Kita ditolak?

    ReplyDelete
  2. Salam ustaz boleh wassap saya segera...sy nak Bertanya 0186144214

    ReplyDelete

Definisi Tasawuf dan Ajaran-Ajarannya

#8 بسم الله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على رسول الله. أما بعد. Bahagian I Definisi Tawasuf dan Ajaran-ajarannya (Kenyataan ...