Sunday, February 18, 2018

Definisi Tasawuf dan Ajaran-Ajarannya

#8
بسم الله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على رسول الله. أما بعد.

Bahagian I

Definisi Tawasuf dan Ajaran-ajarannya
(Kenyataan Ulama-ulama Sufi)

Perkongsian : Siti Nursyuhada binti Ahmad Fuad
Olahan : Mohd Hanis bin Nasruddin



🌹 Imam al-Junaid al-Baghdadi pemimpin kaum sufi (Sayyid al-Ta'ifah al-Sufiyah) berkata:

"Tasawuf ialah keluar daripada setiap akhlak yang tercela dan masuk kepada setiap akhlak yang mulia."

Pada kesempatan lain beliau berkata: "Kita tidak mengambil tasawuf dengan banyak berbicara (al-Qal Wa al-Qil). Kita mengambil tasawuf dengan banyak lapar (puasa), bangun malam, dan meninggalkan segala kenikmatan-kenikmatan."






Secara lebih mendalam tentang tasawuf dengan tanda-tandanya, Imam al-Junaid al-Baghdadi berkata:

"Tasawuf ialah sebuah nama yang mengandungi 10 pokok ajaran.

  1. Pertama; menyedikitkan benda-benda duniawi dan tidak memperbanyaknya.
  2. Dua; berserah diri kepada Allah.
  3. Tiga; cinta kepada ketaatan dengan mengerjakan segala hal yang disunnahkan.
  4. Empat; sabar daripada kehilangan dunia dengan tidak mengeluh dan meminta-minta.
  5. Lima; memilih-milih sesuatu ketika hendak mengambil atau mengerjakannya.
  6. Enam; Hanya sibuk dengan Allah daripada segala apa pun.
  7. Tujuh; banyak melakukan zikir khafy.
  8. Lapan; ikhlas dalam segala perbuatan hanya kerana Allah sahaja.
  9. Sembilan; keyakinan yang kuat.
  10. Sepuluh; tenang dengan Allah ketika kedatangan rasa gelisah dan dalam keterasingan.



🌹
Imam al-Qusyairi berkata:

"Allah telah menjadikan kaum sufi ini sebagai orang yang suci para wali-Nya." Secara lebih jelas tentang seorang sufi, Imam al-Qusyairi berkata bahawa ia seorang yang selalu berusaha membersihkan kotoran dalam jiwanya hingga kotoran tersebut tidak kembali lagi kepadanya. Dan apabila ia telah "bersih" ia jaga "kebersihan" tersebut dengan selalu mengingat Allah. Sementara itu, perkara apa pun yang terjadi di sekitarnya tidak memberikan pengaruh kepadanya.

Sumber:
Indahnya Tasawuf dan Hidup Sufi
Karya: Ustaz Yusri Abd. Karim

No comments:

Post a Comment

Definisi Tasawuf dan Ajaran-Ajarannya

#8 بسم الله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على رسول الله. أما بعد. Bahagian I Definisi Tawasuf dan Ajaran-ajarannya (Kenyataan ...