Sunday, November 29, 2015

NIKAH?? BUATMU PARA REMAJA

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, Selawat dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi SAW...

Coretan ini saya tujukan khas buat remaja-remaja luar saya. Sungguh saya mengasihi kalian kerana Allah. Jadi artikel ini saya buat sebab ia adalah tajuk yang lazat untuk dihadam, manisan bagi bibir, penghawa bagi telinga. So mungkin ini salah satu cara saya berdakwah kepada korang. Selamat Membaca ya ;)

Soal nikah, bukan isu yang jarang didengar bukan, bahkan menjadi kebiasaan pelajar sekolah menengah dan mahasiswa mahasiswi. Tidak dinafikan pelajar sekolah rendah sudah mula menjadikan isu ini sebagai perbualan harian mereka ;

“Kau suke sesiapa tak? Siapa? Bila kau nak lamar die?”
“Kau dah kenapa rampas awek dia, cari la yang lain!”
“Kau bila na kawin? Bila kau nak lengkapkan tulang rusuk kiri kau tu na? Umur dah 20 tahun dah ni.”

Maaf kepada para pembaca, kerana saya yang baru berusia 20 tahun 2 bulan telah mula mencoret perihal nikah @ cinta ini. Perkara ini kerana saya sendiri terkesan dengan keadaan remaja sekarang. Perbualan hanya berpusing sekitar nikah@kahwin@crush(minat seseorang tp x diluahkan) dan lain lain. Sebab tu saya tulis ya... (dah berapa kali da saya sebut tujuan saya tulis tajuk ni..tu la..takut sebenarnya..sebab takut orang salah faham...)

CAMNA KEADAAN NIKAH NI??

Setakat pengalaman saya yang masih cetek ini, saya dapat lihat pernikahan ni secara realitinya bukan perkara mudah dan indah, berbunga-bunga, ayat-ayat cinta (Maria jatuh sakit dek kekasihnya Fahri telah bernikah dengan Aishah,,huhu), ketika cinta bertasbih (Akhirnya Abdullah dapat bernikah dengan “siapa ntah, x ingat” lalu mereka bahagia selamanya..selepas “si dia” da berpisah dengan Furqan), tasbih cinta, istikharah cinta, Koch Koch Ta He (Hindustan), You're Beautiful (Korea), Boys Over Flowers (Korea) dan banyaaaaak lagi.....

Realiti pernikahan yang saya lihat adalah :

  • -          Bagaimana nak sabar dengan perangai sebenar pasangan selepas “topeng” mereka terbuka...disangka sebelum nikah camtu camni..macam Malaikat la, macam Fahri la, Shah Rukh Han la, macam Jang Geun Suk, Kim Hyun Jung, Park Shin Hye la dan lain-lain.
  •       Bagaimana nak urus kewangan kita, sebab kalau duit x cukup, mulalah sang isteri berleter dan mengungkit segala hal-hal yang KATANYA masa awal-awal kahwin setuju dan terima kekurangan tersebut.
  •        Bagaimana nak settle kan masalah rumah tangga, seperti suami x reti memahami, so si isteri pun mula naik suara dan keluar rumah tak minta izin.
  •       Anak-anak nak beli baju sekolah, beg sekolah, power rangers, ninja Hattori Kun. Tapi suami isteri hutang bank sebanyak RM30,000. Camne??
  •       Kata sang suami; “Saya sedia menerima kekurangan awak”. Pastu pada suatu hari sang isteri lupa nak masukkan perencah tom yam dalam lauk kari nya seperti mana yang digemari sang suami, lalu sang suami meninggikan suara ; “Saya bencikan awak! Keluar dari rumah ni!”...masa tu apa la sang isteri na buat....


Banyak lagi ragam dan karenah rumah tangga pada alam realiti, yang bukan seperti alam MOVIE dan LOVE STORY...ini kisah benar dan perkara ini yang dihadapi sang suami/isteri. Kadang-kadang timbul dalam hati mereka penyesalan kerana bernikah dengan pasangan sebegitu singa dan pontianak itu...Astaghfirullah~~

BUATMU REMAJA

Maknanya buat saya gak sebab saya pun remaja.

Apa yang saya nak fokuskan kat sini, adalah apa perkara utama bagi kita sekarang ni, di samping keadaan rumah tangga kat Malaysia dan dimana-mana punya sudah banyak yang retak, sehingga ada juga yang telah roboh. Perkara ini bagi saya bukan masalah kecil, namun masalah TERLALU BESAR sebab institusi kekeluargaan itu yang menyebabkan bertambahnya bilangan masyarakat kita.
Tambahan lagi, kita pula sering bergaul dengan masyarakat. Jadi jika masyarakat tak sopan, langgar kereta pastu lari, mencuri, merogol, pakai pakaian menaikkan nafsu syahwat, so kita nak salahkan masyarakat? Tidak boleh juga sebab mungkin keluarga mereka berpecah belah, mak ayah mereka tak mempedulikan pendidikan agama anak-anak mereka. 

Akhirnya, kesan daripada kesalahan mak ayah mereka, kita yang susah. Kawan-kawan kita atau ahli keluarga kita gak yang jadi mangsa rogol, bunuh, kecurian dan lain-lain.

Jadi, perkara yang nak difokuskan buat semua remaja sekalian adalah :

i)                MATANG

Eeerm,,matang ni camna ek? Once lelaki dah ada misai bergulung dan jambang sampai ke kaki, maka itulah lelaki matang. Once wanita dah mula berwajah seperti mak orang, maka itulah wanita matang. Ye ke?

Matang ni dapat dihuraikan pada pelbagai sudut. Pemikiran, pengurusan, kepimpinan, ketaqwaan dan lain-lain memang kita ambil berat bagi menilai kematangan seseorang. Saya bagi beberapa contoh matang, iaitu pengurusan DUIT antaranya. Ada orang nilai duit ni adalah segalanya, ada juga orang nilai duit ni langsung tidak bermakna dan ada orang nilai duit ini hanya perlu pada waktu-waktu tertentu. Jadi saya simpulkan inshaAllah pandangan yang terbaik tentang duit :

“Segala memerlukan duit, namun duit bukanlah segalanya”

Kalau nak nikah ni memerlukan sejumlah duit. Benar, duit yang banyak. Namun ada antara kita yang rasa duit ini datang dari langit lepas kita nikah. So, formulanya adalah 

"NIKAH DULU = DUIT DATANG."

Saya tidak menafikan 100% dan tidak juga menyetujuinya 100%.

Kenapa? Sebab saya risau orang begini dia tidak bersiap siaga untuk menguruskan kewangannya dengan baik, yakni BOROS BERBELANJA, terutama sebelum nikah ni. Pernah tidak kalian dengar orang bergaji RM3,000 sebulan yang punya anak isteri, tanggungan yang banyak namun hidup mereka bahagia dan tidak mengalami masalah duit? Pernah tak juga kalian terdengar cerita orang kaya bergaji RM10,000 sebulan, dengan jumlah anak isteri dan tanggungan yang sama dengan orang bergaji RM3,000 sebulan tadi namun dia tidak pernah rasa bahagia sebab mengalami hutang yang banyak?

Ya! Di sinilah terbukti bahawa pengurusan duit sangat penting. Cara kita berbelanja selepas nikah berpandukan kebiasaan cara kita berbelanja sebelum nikah. So sebelum nikah lagi kita kena pandai menguruskan duit kita naa...


ii)                  ILMU

Patutnya saya letak part ni kat atas, tapi malas na edit. So saya biarkan tangan saya menaip deras...huhu :)

Apa pentingnya ilmu ni? Perlukah jadi ulama baru boleh kahwin?

Tak de la sampai jadi ulama dulu baru boleh kahwin. Cuma ilmu-ilmu asas tu kena la ada dulu. Cer bayangkan kalau dah dapat bayi, pastu time solat bayi tu datang kepada kita pastu kencing kat pakaian kita. Kita terus marah-marah lalu berhenti solat dan melulu membasuh baju tu dengan clorox dan DAIA (ingatlah DAIA, lupakan yang lain~). 

Bro dan Sis yang saya hormati, kencing bayi tu boleh je kita spray dengan air mutlak melebihi sikit daerah kencing bayi tu asalkan bayi tu cukup syarat kita nak basuh cara tu seperti bayi itu berumur 2 tahun ke bawah dan tidak minum apa-apa melainkan susu ibu. So better kita faham selok belok feqah sebelum nikah naa...

Satu lagi ilmu yang kita pelajari semasa sekolah, universiti, kolej dan lain-lain pun penting. 

Kita adalah penuntut ilmu waktu tu. Jadi perlulah kita benar-benar menguasai ilmu tersebut untuk kita sumbangkan kepada masyarakat, agar mereka dapat manfaat daripada ilmu kita. Kalau pelajar Pengajian Islam, sungguh-sungguh lah menuntut ilmu supaya dapat mengajar masyarakat yang jahil tentang agama. Kalau pelajar Pengajian Bahasa Arab, bersungguh-sungguhlah mendalami kaedah tatabahasa arab untuk mengajar masyarakat memahami al-Quran, begitu juga arkitek, jurutera, mekanik dan lain-lain lagi.

Lastly, saya pesan kepada diri saya dan para pembaca, hopefully kita prepare dulu diri kita dari sudut ilmu agama ni sebelum kita kahwin., termasuk juga ilmu akhlak dan rohani. Serious penting sebab saya ada terbaca blog seseorang ni, suaminya tidak tahu azan dan iqamat saat dia dapat cahaya mata pertama. Apatah lagi la kalau nak didik isterinya masuk Syurga, nak ajar baca Quran, nak bagi nasihat dan lain-lain. Serious penting!

“Isteri adalah amanah suami, yang mana masa akhirat nanti para suami kena soal oleh Allah tentang keadaan isterinya. Kalau si isteri solehah, lepas lah masuk Syurga, namun kalau sebaliknya, kena humban dalam Neraka la jawabnya. 
Suami pula adalah ketua isteri, yang mana kunci Syurga bagi isteri adalah taat perintah suami, jaga solat, puasa dan kemaluan. Kalau taat perintah suami maka bergembiralah dengan khabar Syurga, namun kalau sebaliknya, hiduplah lama-lama dalam Neraka...”


(Eeee..takutnya kahwin...tu la..kan saya kata ni bukan benda mudah..kena buat preparation awal2 dulu macam buat preparation exam)

CUKUPLAH NI DULU

Saya rasa setakat ini dulu kot perkongsian saya. Beribu kemaafan saya mohon sebab artikel ni panjang sangat. Jika ada salah pada fakta ilmiah mohon ditegur (kalau berbeza pendapat, atau rasa pelik pada contoh-contoh yang saya tulis macam tak serious tu, faham-faham je la ea). Jadi saya tutup artikel saya dengan satu kata-kata;


“Semakin dekat cinta seseorang tu kepada orang yang bukan mahramnya, semakin jauh cinta dia daripada Allah. Ingatlah bahawa cinta yang mendekatkan diri kepada Allah (antara yang bukan mahram) hanyalah cinta antara suami dan isteri. Jadi perbaikilah diri kalian sebelum nikah agar Allah beri pasangan yang terbaik untuk kalian, seperti mana Luqman al-Hakim apabila ditanya tentang bagaimana beliau mendidik anaknya menjadi soleh, kata beliau 'saya dah didik anak saya sebelum saya nikah lagi (dengan menjadi lelaki yang soleh)' ”



Wallahua'lam

Definisi Tasawuf dan Ajaran-Ajarannya

#8 بسم الله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على رسول الله. أما بعد. Bahagian I Definisi Tawasuf dan Ajaran-ajarannya (Kenyataan ...