Wednesday, February 10, 2016

Idolaku (Menuntut Ilmu) : Imam Syafie Siri 1

بسم الله الرحمن الرحيم

Syukur ke hadrat Illahi,,limpahan rahmat-Nya dan kasih-sayangNya seseorang insan mampu melaksanakan kebaikan dan menjauhkan kemungkaran. Selawat dan Salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad ﷺ merupakan sebaik-baik makhluk di dunia. Sosok tubuh baginda dikenali sejak zaman Nabi Adam AS, lebih lama hidupnya daripada Malaikat Jibrail AS, dan kelahiran baginda adalah rahmat agung di sisi umatnya....

Penuntut ilmu perlu sentiasa dibekali dengan tausiyah dan mau'izoh agar semangat mereka terus utuh dan padu. Bagaimana mungkin kita merasakan lelah ketika menuju ke lembah ma'ali dan syaraf (kemuliaan) sedang perjalanan kita masih singkat dalam menuntut ilmu. Perlunya kita mencontohi ulama silam dalam menuntut ilmu. Kata Imam Syafie dalam dewannya :

من لم يذق ذل التعلم ساعة *** تجرع كأس الجهل طول حياته
Sesiapa yang tidak merasai kesusahan belajar seketika *** Teguklah gelas kejahilan sepanjang hayatnya "



Beginilah perjalanan hidup imam agung,Abu Abdullah Muhammad B Idris B Abbas B Uthman B Syafie B Saib B Abid B Abdu Yazid B Hashim B Mutholib B Abd Manaf, yang bertemu nasabnya dengan Nabi Muhammad ﷺ di Abd Manaf.

Pengaruh Muslimah Solehah

Bermulanya kehidupan Imam Syafie bersama ibunya yang berasal dari qabilah Azad yang merupakan qabilah arabiyah asliyyah. Sesungguhnya ibu Imam Syafie ini telah memberi sumbangan yang besar dalam pembentukan akhlak dan jati diri Imam kita. Beliau merupakan seorang yang kuat ibadahnya dan fitrah belaiu yang suci. Beliau juga merupakan seorang yang masyhur dengan kepandaian dan kebijaksanaannya. 

Seperti mana yang sedia maklum, Imam Syafie sudah kehilangan ayahnya sejak kecil. Maka hiduplah sang alim kecil ini bersama ibunya dengan nasabnya yang agung dan mulia, yakni nasab Quraisy yang datang dari susur galur ayahnya. Disebabkan beliau hidup dalam keadaan fakir bersama nasab yang mulia, maka beliau sejak kecil lagi sudah hidup dengan keluhuran budi yang tinggi, akhlak yang mulia dan keperibadian yang sejati.

Hijrah Gemilang

Dalam usaha memenuhkan kemuliaan dalam diri sang Imam, maka ibunya yang mulia telah menghantar sang Imam dari Gaza ke Makkah, demi mengharapkan anaknya hidup dalam suasana yang diselubungi ilmu dan kemuliaan kerana ibunya bimbang akan kehilangan nasabnya, Quraisy.

Telah meriwayatkan al-Baghdadi dalam kitabnya "تاريخ بغداد" dengan sanad yang bersambung dengan Imam Syafie beliau menyebut :

"
Aku dilahirkan di Yaman ( salah satu tempat di Palestin ) maka ibuku risau jika aku kehilangan nasab. Maka kata ibuku : "Hak kamu untuk menjadi seperti mereka (kaum Quraisy) dan ibu takut jika kamu hilang nasabmu." Maka ibuku terus menyediakan kelengkapanku lalu menghantarku ke Mekah. Aku pada waktu itu berumur sekitar 10 tahun, dan aku kembali semula kepada nasab keturunanku dan aku mula menuntut ilmu."

bersambung.....

Terjemah dari kitabku : الامام الشافعي السيرة المصورة لفضيلة الدكتور طارق السويدان

Monday, February 1, 2016

Sakit Yang Sempurna

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين وبه نستعين على أمور الدنيا والدين صلى الله وسلم على رسوله الأمين وعلى اله وصحبه اجمعين
أما بعد


Saya mulakan coretan ini dengan selawat kepada baginda SAW kerana kerja ini adalah dakwah bil kitabah, dan dakwah merupakan Sunnah kekasih agung kita yang terbesar. Semoga Allah merahmati saya dan para pembaca.

Ujian yang menimpa kita pasti selari dengan tingkatan taqwa dan iman kita kerana Allah telah berjanji kepada hambaNya untuk menimpakan musibah, ujian dan bala ikut kemampuan kita.

لا يكلف الله نفسا الا وسعها
"Allah tidak akan membenani seseorang melainkan mengikut kadar kemampuannya"

Oleh yang demikian, sewaktu terima musibah, cepat-cepatlah kembali kepada Allah, ingatlah dosa-dosamu dan istighfarlah. Sesekali jangan kita cuba menyalahkan Allah. Ingat bagaimana Allah timpakan Nabi Ayub ujian yang berat sehingga benar-benar mencapai kemuncak kesabaran, lihatlah bagaimana Nabi Ibrahim melepasi ujian yang terlalu berat sehingga akhirnya Berjaya, lihatlah bagaimana kesabaran Nabi Yakob kehilangan anaknya yang disayang dan lain-lain.

"Tuhanmu mengubah-ngubah keadaanmu daripada sedih kepada gembira, daripada sihat kepada sakit, daripada kaya kepada miskin, daripada gelab kepada terang. Supaya kamu mengerti, bahawa kamu tidak pernah bebas daripada ketentuan Tuhanmu. Lalu ucapkanlah "Tiadalah upaya diriku ini, kecuali dengan Tuhanku"

-Ibn Athoilah As-Sakandari-

"Ada empat hal yang dapat mengangkat manusia ke derajat yang paling tinggi meskipun amal dan ilmunya sedikit;
kesabaran, kesederhanaan, kemurahan hati dan akhlak yang baik. Itulah kesempurnaan iman."

--Junaid Al-Baghdadi

KISAH PENDOSA (peringatan untukku tika leka)

Uhuk2,,,uhuk2,,,uhuk3,,,

Batuk tak henti-henti keluar, selang 1 minit sahaja ianya keluar. Penyiksaan demi penyiksaan yang aku alami pagi seawal 3:00pg membuatkan aku rasa bagaikan diazab. Tekak kering dek udara kering tambahan lagi waktunya pagi. Malam sebelum itu ku batuk tanpa henti sehingga hilang suara. Sebab itu azab terasa sewaktu pagi buta menjelma. Pedih! Tiada siapa yang tahu melainkan aku dan Allah. "Ya Allah, ampunkan dosaku!"

Ku cuba menahan batuk, namun tidak berdaya. Mahu atau tidak aku perlu melepaskannya walau terpaksa merasai kepedihan seperti meletakkan air suam ke atas kulit menggelupas yang menzahirkan daging."Ya Allah, ampunkan dosaku! Adakah aku akan mati? Takkuut!"

Dalam keadaan pening dan lemah seluruh badan aku gagahkan diri bergerak ke bilik seberang. Jam 9:00pg datang lagi penyeksaan yang lebih ekstrem, tikamana nafasku tersekat dek mucus yang deras keluar. Aku sakit kepala dan tidak mampu bangkit mahupun berjalan. Batuk masih teruk, namun akibat batuk itu laluan pernafasan aku pasti tersumbat. Jika aku mahu bernafas pula mucus halang bahagian hidung dan saluran paru-paru.

"Ya Allah, ampuni daku! Moga aku dapat Syurga..aku takut dengan Neraka" (waktu tu aku sudah mula bayang akan kematian, aku terfikir aku akan masuk Neraka yang x hidup dan x mati seksaannya. Lebih pedih bahkan daripada seksaan dunia..)..mulalah aku istighfar, selawat, baca syahadah, dengar ceramah...aku harap matiku dalam husnul khotimah..walau aku masih gelisah memikirkan Allah terima ke tidak amalanku,,,sbb firman Allah SWT :

ويوم يعرض الذين كفروا على النار أليس هذا بالحق قالوا بلى وربنا قال فذوقوا العذاب بما كنتم تكفرون

"Dan pada hari orang kafir dihadapkan ke api Neraka dan dikatakan : Bukankah azab neraka itu benar? Mereka menjawab : "Ya benar. Demi Tuhan kami!" Setelah itu dikatakan lagi kepada mereka : "Maka rasalah azab seksa ini dengan sebab kamu kufur di dunia dahulu"
(Surah al-Ahqaf : 34)

Kerana sudah seakan-akan nazak di rumah, mujurlah rakanku Fawwaz membantuku. Aku minta dia call Abg Faizal, Abg Herdi namun dua-dua x angkat. Aku mesej abg Faizal bertanyakan klinik yang buka waktu tu dan jawapannya tiada kerana hari tersebut adalah hari AHAD. Aku terlantar di bilik keseorangan menahan seksaan hidup...


Sabar menanti jawapan, namun masih tiada. Oleh kerana dadaku semakin pedih dan panas kerana batuk tak henti, aku memaksa diri untuk memberitahu orang atas yaitu Zirahmi. Berkat usahanya dapatlah jumpa sebuah klinik berdekatan Park de Mohammedia. Namun aku sebenarnya mahukan urgent sbb dah x tahan sangat sakit time tu,,tp sabar je lah kan~~

Waktu tu juga ada kawan arab dari jamiah call nak minta aku datang ke Casa untuk beri talk. Dah kenapa aku pula? Akhirnya Fawwaz lah yang menjadi pening, mundar mandir..Allahu..kesian dia..sebab waktu itu ramai yang call aku (x nak sebut sbb takut kalau x sebut semua nnti ada yang terasa hati,,jaga hati orang lebih baik) tapi Fawwaz tolong angkatkan sbb aku x ley bersuara..kejap2 orang call aku..kejap2 orang call dia.. :(

Alhamdulillah akhirnya tahulah dimana tempat klinik tersebut. Lalu bergeraklah aku, Fawwaz, Zirahmi dan Afiqah menuju ke sana. (serious menyusahkan..dahla Zie dan Fiqah ada istidraq..Fawwaz pulak x habis batuk lagi time tu)...satu lagi keperitan berlaku bila aku duduk di tempat yang sejuk walau pakai baju sejuk pastu doktor ada ramai pesakit yang nak diurus. Sabar lagi~~

Dah la tu,,nak cerita tentang keperitan je kan,,supaya aku ingat point penting yakni berkenaan "aku dah nak mati,,,aku nak Syurga supaya aku boleh minta apa sahaja dan aku tak nak Neraka..seksaan lebih pedih dari dunia..x kan dunia sebentar ni aku sediakan diri untuk masuk Neraka,,betapa bodohnya aku"

Jazakumullahu khaira saya creditkan kepada mereka yang banyak membantu saya walau sekecil-kecil bantuan,,tidak terikat dengan bantuan di atas sahaja. Semoga Allah juga membalas kebaikan doa kalian kepada saya,,

Ayuh,,,kita hidup di dunia ni untuk diuji,,tujuan kita adalah Syurga..sbb Allah cipta kita dari rahim Hawwa' yang hidupnya di Syurga...

Kenapa nak ke Neraka?
Sebab NAFSU dan SYAITAN..tu nak x nak kena LAWAN..BUKAN IKUT..kalau x dilawan kita takkan dapat lepas daripada nafsu dan hasutan Syaitan..perbanyakkan dengar ilmu supaya kita x terpedaya dengan nafsu dan godaan syaitan..kalau MALAS tuntut ilmu tu pun NAFSU...atau MALAS ibadah ke, berusaha ke,,,nafsuuuu tu...lawan3!

TANDA ALLAH MENCINTAI...

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Nabi Musa a.s. berkata sesuatu kepada Tuhan, “Wahai Tuhanku, bagaimana saya dapat membedakan antara orang yang Engkau cintai dengan orang yang Engkau benci?’ 



Allah Swt. menjawab, ‘Hai Musa, sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’ Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’ 

Allah Swt. menjawab, ‘Aku akan mengilhamkan kepadanya agar ia berdzikir kepada-Ku agar Aku dapat menyebutnya di kerajaan langit dan Aku akan menahannya dari lautan murka-Ku agar ia tidak terjerumus ke dalam azab dan siksa–Ku. 

Hai Musa, jika Aku membenci seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’ Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’ 

Allah Swt. menjawab, ‘Aku akan melupakannya berzikir kepada-Ku dan Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dan jiwanya, agar ia terjerumus ke dalam lautan murka-Ku sehingga ia merasakan siksa-Ku.’”

-- Imam Al-Ghazali dalam Kitab Al-Mahabbah.


Definisi Tasawuf dan Ajaran-Ajarannya

#8 بسم الله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على رسول الله. أما بعد. Bahagian I Definisi Tawasuf dan Ajaran-ajarannya (Kenyataan ...