Wednesday, February 10, 2016

Idolaku (Menuntut Ilmu) : Imam Syafie Siri 1

بسم الله الرحمن الرحيم

Syukur ke hadrat Illahi,,limpahan rahmat-Nya dan kasih-sayangNya seseorang insan mampu melaksanakan kebaikan dan menjauhkan kemungkaran. Selawat dan Salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad ﷺ merupakan sebaik-baik makhluk di dunia. Sosok tubuh baginda dikenali sejak zaman Nabi Adam AS, lebih lama hidupnya daripada Malaikat Jibrail AS, dan kelahiran baginda adalah rahmat agung di sisi umatnya....

Penuntut ilmu perlu sentiasa dibekali dengan tausiyah dan mau'izoh agar semangat mereka terus utuh dan padu. Bagaimana mungkin kita merasakan lelah ketika menuju ke lembah ma'ali dan syaraf (kemuliaan) sedang perjalanan kita masih singkat dalam menuntut ilmu. Perlunya kita mencontohi ulama silam dalam menuntut ilmu. Kata Imam Syafie dalam dewannya :

من لم يذق ذل التعلم ساعة *** تجرع كأس الجهل طول حياته
Sesiapa yang tidak merasai kesusahan belajar seketika *** Teguklah gelas kejahilan sepanjang hayatnya "



Beginilah perjalanan hidup imam agung,Abu Abdullah Muhammad B Idris B Abbas B Uthman B Syafie B Saib B Abid B Abdu Yazid B Hashim B Mutholib B Abd Manaf, yang bertemu nasabnya dengan Nabi Muhammad ﷺ di Abd Manaf.

Pengaruh Muslimah Solehah

Bermulanya kehidupan Imam Syafie bersama ibunya yang berasal dari qabilah Azad yang merupakan qabilah arabiyah asliyyah. Sesungguhnya ibu Imam Syafie ini telah memberi sumbangan yang besar dalam pembentukan akhlak dan jati diri Imam kita. Beliau merupakan seorang yang kuat ibadahnya dan fitrah belaiu yang suci. Beliau juga merupakan seorang yang masyhur dengan kepandaian dan kebijaksanaannya. 

Seperti mana yang sedia maklum, Imam Syafie sudah kehilangan ayahnya sejak kecil. Maka hiduplah sang alim kecil ini bersama ibunya dengan nasabnya yang agung dan mulia, yakni nasab Quraisy yang datang dari susur galur ayahnya. Disebabkan beliau hidup dalam keadaan fakir bersama nasab yang mulia, maka beliau sejak kecil lagi sudah hidup dengan keluhuran budi yang tinggi, akhlak yang mulia dan keperibadian yang sejati.

Hijrah Gemilang

Dalam usaha memenuhkan kemuliaan dalam diri sang Imam, maka ibunya yang mulia telah menghantar sang Imam dari Gaza ke Makkah, demi mengharapkan anaknya hidup dalam suasana yang diselubungi ilmu dan kemuliaan kerana ibunya bimbang akan kehilangan nasabnya, Quraisy.

Telah meriwayatkan al-Baghdadi dalam kitabnya "تاريخ بغداد" dengan sanad yang bersambung dengan Imam Syafie beliau menyebut :

"
Aku dilahirkan di Yaman ( salah satu tempat di Palestin ) maka ibuku risau jika aku kehilangan nasab. Maka kata ibuku : "Hak kamu untuk menjadi seperti mereka (kaum Quraisy) dan ibu takut jika kamu hilang nasabmu." Maka ibuku terus menyediakan kelengkapanku lalu menghantarku ke Mekah. Aku pada waktu itu berumur sekitar 10 tahun, dan aku kembali semula kepada nasab keturunanku dan aku mula menuntut ilmu."

bersambung.....

Terjemah dari kitabku : الامام الشافعي السيرة المصورة لفضيلة الدكتور طارق السويدان

No comments:

Post a Comment

Definisi Tasawuf dan Ajaran-Ajarannya

#8 بسم الله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على رسول الله. أما بعد. Bahagian I Definisi Tawasuf dan Ajaran-ajarannya (Kenyataan ...