Friday, October 10, 2014

Sedih?Hati Sempit?

Memang mustahil mana-mana orang Islam hatta orang yang bukan Islam pun akan kosong daripada masalah. Ya! Kita sendiri merasainya! Pernah tidak satu hari kamu berasa gembira tidak terkira, tiba-tiba beberapa minit lepas tu kita diselubung kegelisahan bila ada orang cakap benda yang kita benci. ex : "Makwe ko dah tak suke ngan ko lagi" ; "Kucing ko dilanggar basikal" ; "Semua budak sekolah kita dah benci ko sebab ko ni tegas sangat"

Tengah elok minum teh misalnya, huha huha dengan kawan-kawan tiba-tiba ayat "bombastik" kat atas ni keluar.Aaaargh! Hilang terus keceriaan!

Sebab itulah, kita kena yakin dalam hati:

Hidup tidak selalunya indah,
Langit tak selalu cerah,
Suram malam tak berbintang,
Itulah lukisan alam,
Begitu aturan Tuhan ,


Selepas itu, sebagai manusia yang sesungguhnya lemah! Kenapa saya kata lemah? Kamu dakwa diri kamu kuat ya? OK!Nak tanya kalau kad bank kamu hilang, ataupun rumah kamu kena rompak selengkap-lengkapnya, ataupun kamu tersalah flight pastu duduk kat negara Somalia sedang kamu nak pergi Maghribi, what you will do bro or sis? Mesti kamu cari mana-mana kuasa yang boleh tolong kamu ya tak? Mengaku je lah~~

Saya beritahu, MANUSIA ITU LEMAH! Pokok kalau nak berdiri kena bergantung kepada akar yang KUAT.Ya! Kuat! Kalau manusia itu lemah, siapa yang boleh tolong kita? Haiwan? Bukan! Tapi Allah SWT. Kamu rasa kenapa? Sebab Dia yang beri rezeki. Sebab Dia yang takdirkan usaha kamu berjaya. Sebab Dia yang berikan kamu kegembiraan. Cuba renung-renung sebentar ayat Allah SWT Maha Hebat ni;

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡۚ هَلۡ مِنۡ خَٰلِقٍ غَيۡرُ ٱللَّهِ يَرۡزُقُكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِۚ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ فَأَنَّىٰ تُؤۡفَكُونَ ٣


3. Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan selain Dia; maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan) = Surah Fathir

وَٱللَّهُ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٖ ثُمَّ مِن نُّطۡفَةٖ ثُمَّ جَعَلَكُمۡ أَزۡوَٰجٗاۚ وَمَا تَحۡمِلُ مِنۡ أُنثَىٰ وَلَا تَضَعُ إِلَّا بِعِلۡمِهِۦۚ وَمَا يُعَمَّرُ مِن مُّعَمَّرٖ وَلَا يُنقَصُ مِنۡ عُمُرِهِۦٓ إِلَّا فِي كِتَٰبٍۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٞ ١١

11. Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Dan tidak ada seorang perempuan pun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah = Surah Fatir

هُوَ ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ ٱلسَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ لِيَزۡدَادُوٓاْ إِيمَٰنٗا مَّعَ إِيمَٰنِهِمۡۗ وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمٗا ٤

4. Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana =Surah Fath

مَآ أُرِيدُ مِنۡهُم مِّن رِّزۡقٖ وَمَآ أُرِيدُ أَن يُطۡعِمُونِ ٥٧  إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلۡقُوَّةِ ٱلۡمَتِينُ ٥٨

57. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan
58. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh

Nak apa-apa,doa kepada Allah apa-apa yang kamu nak.Pasti Dia mampu dan Maha Mampu untuk bagi. Minta seikhlas mungkin,pasti Dia bagi! Kalau tak dapat pun pasti kamu akan dapat hasil yang TERBAAAIIKK lepas seminggu ke,setahun ke. KH Abdullah Gymnastiar ada sebut bahawa tidak ada takdir Allah yang tidak baik.Semuanya baik!

Jadi, disebabkan peristiwa ini tidak boleh berubah kerana ianya ketetapan Allah, apa yang terdaya oleh kita adalah cara memandang peristiwa. Kita kena berfikiran positif terhadap peristiwa atau masalah yang berlaku, Bila kita gagal periksa,mungkin sahaja kita kurang berusaha ke. Bila jualan tidak laku, mungkin kita jarang Solat Dhuha dan bersedekah ke.Ha! Camtu lah. Hati akan tenang kerana kita tidak salahkan Allah yang mentakdirkan sesuatu.


Bukanlah manusia itu tidak boleh diharap langsung, cuma kita kena yakin sungguh-sungguh bahawa manusia ini asbab atau perantaraan je untuk mendapatkan sesuatu,dan manusia semuanya adalah datang daripada bantuan Allah SWT. Ayuh! Think positif! :D

~Penggunaan kata ganti nama "kamu" juga merujuk kepada diri penulis, teguran pada mana-mana bahagian sangatlah dipersilakan, saya sukakan teguran dan nasihat,,TERBAAIKKlah korang~



No comments:

Post a Comment

Definisi Tasawuf dan Ajaran-Ajarannya

#8 بسم الله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على رسول الله. أما بعد. Bahagian I Definisi Tawasuf dan Ajaran-ajarannya (Kenyataan ...