Wednesday, April 8, 2015

Kau Gagal Bila Merasakan Kau Gagal


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah SWT, yang benar-benar telah mengizinkan saya untuk menulis post kali ini. Saya sejujurnya malas meng'update' blog, namun saya terpanggil dengan hidayah-Nya untuk inshaAllah istiqomah dengan penulisan blog ini kerana :

1- Supaya orang lain dapat manfaat dan menjadi jalan pahala buat saya.
2- Ilmu perlu diamalkan dan dikhabarkan.
3- Demi cinta dan sayang saya kepada semua pembaca yang ingin berubah bersama-sama saya.
4- Agar kesalahan saya ditegur.

Saya mulakan coretan saya saat ini inshaAllah
(08 April 2015, 21:04, Rabat, Villa Ammu Fidae, Maghribi)

Rasa Gagal Penjerumus kepada KEGAGALAN


Pada pandangan saya, GAGAL lawannya OPTIMIS. Jika tidak mahu MALAS, kena RAJIN. Jika tidak mahu MALAM, pasti mahukan SIANG. Jika tidak boleh bernikah dengan LELAKI, pasti mahukan WANITA. Semuanya ada kata lawan masing-masing. Setuju?
Jauhkan diri awak daripada rasa gagal dan jadilah orang yang optimis. Sentiasa berusaha berfikiran positif. Apakah awak tidak yakin akan janji Allah SWT dalam Surah al-Insyirah?

"Sesungguhnya tiap-tiap kesulitan pasti di/sertai kemudahan" (ayat 5)

Awak...
Apakah awak lupa akan kejayaan besar yang pernah awak lalui sebelum ini? Awak hanya melihatkan kegagalan awak yang awak telah lakukan sehingga awak rasa awak tidak mampu berjaya. Awak ingat tak saat awak berjaya masuk ke dalam telur ibu awak sewaktu awak dalam bentuk sperma? Awak telah buktikan awak berjaya mendahului jutaan sperma yang lain! Awak ingat tak saat dahulu awak tidak tidak mampu faham apa yang orang cakap sebab masih kecil atau awak duduk di negara orang lain dan akhirnya awak berjaya juga faham? Sebenarnya kita ini kurang bersyukur dengan kejayaan lalu, dan sentiasa rasa rendah semangat kerana memandang kegagalan di hadapan mata. Bersyukurlah! Nescaya awak akan ditambah nikmat! Firman Allah SWT :

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah keras!"
(Surah Ibrahim : 7)



Lihatlah Kejayaan, Senyum, dan Prihatin akan Kegagalan


Rasa lemah semangat dan "down" tu bukan untuk diketepikan tapi dijadikan iktibar. Dan jangan biarkan rasa "down" awak itu membunuh semangat awak iaitu ingin menjadi orang yang berjaya. Apabila ditimpa perasaan tersebut, tenanglah.....katakan, "ya! Akan saya perbaiki kesilapan saya. Maaf tau, saya bukan manusia sempurna." Kemudian senyum sebagai penawar....dan pandang kejayaan itu sudah ada di depan mata, cuma jauh, perlu usaha untuk sampai ke destinasi itu.
Yakin lah wahai awak yang saya cintai, apabila awak tidak menjumpai jalan keluar untuk masalah awak, Allah SWT pasti ada kuncinya sebab Allah SWT pemegang semua kejayaan dan kegagalan. Awak tidak akan mampu capai kejayaan atau kegagalan melainkan Allah SWT izinkan. Percayalah! :)

Hayati firman Allah SWT ini sebelum saya akhiri coretan saya :

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
(Ar-Ra'du :11)



No comments:

Post a Comment

Definisi Tasawuf dan Ajaran-Ajarannya

#8 بسم الله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على رسول الله. أما بعد. Bahagian I Definisi Tawasuf dan Ajaran-ajarannya (Kenyataan ...