Wednesday, April 8, 2015

Inspirasi daripada Murobbi Mulia

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah SWT, yang benar-benar telah mengizinkan saya untuk menulis post kali ini. Saya, alhamdulillah terpanggil dengan hidayah-Nya untuk inshaAllah istiqomah dengan penulisan blog ini kerana :

1- Supaya orang lain dapat manfaat dan menjadi jalan pahala buat saya.
2- Ilmu perlu diamalkan dan dikhabarkan.
3- Demi cinta dan sayang saya kepada semua pembaca yang ingin berubah bersama-sama saya.
4- Agar kesalahan saya ditegur.

Saya mulakan coretan saya saat ini inshaAllah
(08 April 2015, 00:49, Rabat, Villa Ammu Fidae, Maghribi)

HARAPAN ORANG TUA INSPIRASI KEJAYAAN

Setiap orang pasti berlainan ragam dan sikap. Setiap daripada kita tidak boleh elak daripada mempunyai kekurangan. Walau kita rasa kita ini baik dari aspek itu, mungkin kita mudah putus asa pada aspek ini. Kita bukan sempurna! Kita hanya manusia biasa yang sentiasa ingin menjadi lebih baik.

Atas sebab lemahnya kita, kita faqir (berharap) terhadap nasihat dan inspirasi daripada orang yang tertentu. Alangkah indahnya jika kita hadirkan sumber inspirasi kita daripada orang yang diberi amanah untuk menjaga kita, yakni mak ayah kita. Kita mungkin ada rasa kurang pada hubungan kita dengan mak ayah, bagaikan ada jurang yang samar-samar. Namun awak, sebenarnya kita hanyalah harta mereka. Awak kalau beli buku guna duit awak, atau beli henpon, atau beli motor, apa awak rasa? Mesti nak yang terbaik untuk benda-benda tersebut. Awak balut buku lah, beli casing henpon lah, tukar body motor lah. Samalah halnya dengan ibu bapa awak. Susah payah ibu awak lahirkan awak sehingga sanggup menggadaikan nyawanya, dan ayah awak yang susah payah menjemput rezeki untuk memastikan awak pakai pampers, ada susu bagi tumbesaran, ada duit beli rumah supaya dapat berteduh daripada terik matahari dan dinginnya gerimis, tiba-tiba secara serta merta awak buat tak kisah kepada mereka dan sanggup membenci mereka. Awak tahu tak, saya selalu dengar ceramah asatizah Malaysia kata, cara berjaya dalam kehidupan dunia akhirat adalah dengan BERBAKTI kepada mereka berdua.


Dua murobbiku yang mulia


JANGAN SEGAN BERTANYA HARAPAN

Kita harta mereka kan? Baik, jom puaskan hati mereka. Buktikan kepada mereka, yang awak akan merealisasikan impian mereka. InshaAllah anak awak akan datang, akan ikut jejak awak. Berani untuk tanya mak ayah awak apakah harapan mereka terhadap awak. Perkara ini penting supaya awak tidak mudah tergelincir daripada landasan awak dihantar ke sekolah, universiti, kerja atau bernikah sekalipun. Sekurang-kurangnya dengan harapan mereka ini, awak akan rasa bertanggungjawab untuk berbakti kepada mereka dan awak mempunyai jati diri yang utuh, tidak mudah dilalaikan dengan 
gadget yang canggih sehigga akademik merosot, atau dilalaikan melalui cinta yang mengkaburkan dunia dengan khayalan dan mimpi indah hingga terabai segala cita.

Allah SWT, pemilik kita dan pencipta kita pun telah berpesan melalui al-Quran :

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu..."


(Surah Luqman : 14)


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Definisi Tasawuf dan Ajaran-Ajarannya

#8 بسم الله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على رسول الله. أما بعد. Bahagian I Definisi Tawasuf dan Ajaran-ajarannya (Kenyataan ...