Saturday, April 11, 2015

(TERJEMAHAN)_Kelazatan Dalam Beribadah (Cara Menghapuskan Masalah & Melepaskan Kegelisahannya)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah SWT, yang benar-benar telah mengizinkan saya untuk menulis post kali ini. Selawat dan Salam buat junjungan baginda Muhammad SAW manusia yang teragung. Saya, alhamdulillah terpanggil dengan hidayah-Nya untuk inshaAllah istiqomah dengan penulisan blog ini kerana :

1- Supaya orang lain dapat manfaat dan menjadi jalan pahala buat saya.
2- Ilmu perlu diamalkan dan dikhabarkan.
3- Demi cinta dan sayang saya kepada semua pembaca yang ingin berubah bersama-sama saya.
4- Agar kesalahan saya ditegur.

Saya mulakan coretan saya saat ini inshaAllah
(11 April 2015, 17:51, Mohammedia, Teratak Amna Wajdi, Maghribi)


Khayalkan cerita ini

Awak telah membuat satu hutang yang sangat besar dengan sebuah bank. Awak gelisah dan mulalah mencari jalan menyelesaikannya. Awak kemudiannya berjumpa semua pegawai bank tersebut untuk awak bertanyakan bagaimana ingin menyelesaikan masalah awak namun jawapan mereka hanya satu: "Kami tidak mampu membantu encik, maaf." Tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang mengatakan kepada awak : " Pergilah ke satu masjid ini. Di situ menetapnya seorang pengerusi lembaga yang sangat baik. Jika kau minta kepadanya untuk menyelesaikan masalah kewangan kau ini, pasti dia akan tunaikan." Hati awak mula lapang, wajah awak bersinar, senyuman gembira terukir.  Awak terus bergegas solat di masjid tersebut. Seusai awak memberi salam, awak terserempak dengan pengerusi tersebut, rupa-rupanyanya dia sedang solat di sebelah awak. Wallahi pasti awak tidak akan terima pertemuan dengan mana-mana lelaki melainkan dengan dia sahaja kerana awak yakin dia sahajalah yang mampu melangsaikan hutang-hutang awak.

Realiti yang Berlaku

Bila difikirkan kembali, kita terlalu kerap meminta kepada pegawai-pegawai tersebut sedang orang yang hanya boleh menyelesaikan masalah hutang kita tersebut hanyalah pengerusi lembaga itu.

Begitulah keadaannya kita.

Hanya Allah SWT yang boleh mampu menyelesaikan segala masalah kita. Dimanakah tempat yang sesuai untuk kita berbicara masalah dan meluahkan perasaan kita dengan Allah SWT agar hajat kita mudah ditunaikan? Ianya tatkala kita SUJUD... :)

Tiada sesuatu perkara pun yang kita minta daripada Allah SWT sewaktu sujud melainkan permintaan itu sangat hampir untuk dimakbulkan. Sabda Nabi SAW :

- عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال " أقرب ما يكون العبد من ربه عز وجل وهو ساجد فأكثروا الدعاء "

( رواه مسلم وأبو داود والنسائي .)

"Saat yang paling dekat seseorang hamba dengan tuhan-Nya adalah ketika dia sujud maka perbanyakkanlah doa"

Andainya ada seseorang menelefon awak. Daripada lubuk hatinya dia berbicara masalahnya. Mendengarkan kesungguhan dia mengadukan akan beratnya musibah yang menimpa, awak pun mula terkesan dan rasa sangat kasihan ke atasnya. Namun apakan daya, awak tidak mampu menolongnya lalu berkata kepadanya : "Wahai sahabatku. Aku sangat terkesan dengan musibah yang menimpa kau. Demi Allah, jika ada padaku apa yang kau pinta pasti akan aku berikan, pasti! Namun, bukanlah aku yang memiliki perbendaharaan langit dan bumi, kerana yang memlikinya adalah yang Zat Yang Maha Tinggi, dan Dia juga lebih besar kasih-sayangnya terhadapmu. Minta lah kepadaNya dalam sujudmu. Yakinlah jika perkara yang kau inginkan itu baik buat kau, pasti Dia akan berikan". 


Akhirnya selepas seminggu berlalu, dia menelefon awak dan berkata: "Wahai sahabatku yang ku hormati, bukanlah aku menelefonmu untuk mengadukan masalahku kepadamu sebagaimana yang ku lakukan seminggu yang lalu. Namun aku ingin mengkhabarkan kepadamu bahawa aku telah mengadukan masalah ku kepada Rabbku, lalu Dia telah memberikan hadiah yang lebih berharga daripada apa yang aku pinta. Demi Allah, jika ada seseorang bertanyakan kepadaku berkenaan masalahnya, maka akan aku katakan kepadanya bahawa janganlah kau sembunyikan sesuatu apa pun dalam hatimu tatkala kamu sujud. Luahkan segala-galanya apa yang ada dalam hatimu tatkala sujudmu.Ceritakan segala masalahmu."
Firman Allah SWT yang Maha Penyayang terhadap hambaNya :


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran".............(al-Baqarah : 186)

Keadaan Sujud Seseorang Hamba

1. Sujud sahaja. Yang diingini hanyalah menghabiskan solat sahaja : Mereka ini tiada peluang mendapat apa yang dihajati apabila dihajati.

2. Sujud dengan tenang dan berzikir kepada Allah, namun tidak berdoa kepada-Nya : Mereka ini ibarat seorang yang sakit, datang ke klinik berhari-hari namun langsung tidak memohon untuk dirawati. Maka banyaknya peluang yang dia sia-siakan.
Sujudnya sah namun tidak cukup sempurna kerana tidak berdoa.

3. Sujud dengan tenang, berzikir dan meminta kepada Allah SWT. Dia meyakini bahawa permintaan dikabulkan kerana pesan Rasulullah SAW yang tercinta :


روى الترمذي بإسناد حسن عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ادعو الله وأنتم موقنون
بالإجابة، واعلموا أن الله لا يستجيب دعاء من قلب غافل له
.

"Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin bahawa doamu akan dimaqbulkan. Ketahuilah bahawa Allah SWT tidak akan menerima doa daripada hati yang lalai kepadaNya."(HR Tirmidzi)

Jika tidak dimaqbulkan sekarang, mungkin Allah tangguhkan sebentar. Jika tidak dimaqbulkan di dunia, pasti Allah akan gantikan dengan gantian yang lebih baik di Akhirat. :D
Sujud yang kita laksanakan itu sebagai isyarat kita menghinakan diri di hadapan-Nya. Namun ganjaram yang diberi Allah hasil daripada sujud itu adalah ketinggian derajat. Sabda Nabi SAW :

أَكْثِرْ مِنَ السُّجُودِ ، فَإِنَّهُ لَيْسَ مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَسْجُدُ لِلَّهِ سَجْدَةً ، إِلا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةَ "

"Perbanyakkanlah sujud. Sesungguhnya tiadalah seseorang muslim yang bersujud kepada Allah melainkan dinaikkan derajatnya."  (Hadis Marfu')

Perhatikanlah! Betapa perkara yang paling berharga dalam solat kita adalah sujud. Dalam satu rakaat pasti ada dua sujud yang disediakan untuk kita berdoa. Itulah bukti bahawa Allah inginkan kita berdoa selalu kepada-Nya. Antara adab agar doa kita ditunaikan Allah adalah dengan memulakan dengan puji-pujian daripada Allah. Cuba perhatikan sebelum sujud, kita telah kita hiasi dengan puji-pujian kepada Allah bermula daripada ruku', i'tidal dan sujud. Maka tatkala ini jangan sesekali awak lepaskan peluang berdoa dan mengadu segala masalah awak kepada Allah SWT, pasti akan Dia kabulkan permintaan awak atau Dia Yang Maha Bijaksana akan menggantikan dengan perkara yang lebih baik. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah. :)

Wallahua'lam.

Wednesday, April 8, 2015

Inspirasi daripada Murobbi Mulia

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah SWT, yang benar-benar telah mengizinkan saya untuk menulis post kali ini. Saya, alhamdulillah terpanggil dengan hidayah-Nya untuk inshaAllah istiqomah dengan penulisan blog ini kerana :

1- Supaya orang lain dapat manfaat dan menjadi jalan pahala buat saya.
2- Ilmu perlu diamalkan dan dikhabarkan.
3- Demi cinta dan sayang saya kepada semua pembaca yang ingin berubah bersama-sama saya.
4- Agar kesalahan saya ditegur.

Saya mulakan coretan saya saat ini inshaAllah
(08 April 2015, 00:49, Rabat, Villa Ammu Fidae, Maghribi)

HARAPAN ORANG TUA INSPIRASI KEJAYAAN

Setiap orang pasti berlainan ragam dan sikap. Setiap daripada kita tidak boleh elak daripada mempunyai kekurangan. Walau kita rasa kita ini baik dari aspek itu, mungkin kita mudah putus asa pada aspek ini. Kita bukan sempurna! Kita hanya manusia biasa yang sentiasa ingin menjadi lebih baik.

Atas sebab lemahnya kita, kita faqir (berharap) terhadap nasihat dan inspirasi daripada orang yang tertentu. Alangkah indahnya jika kita hadirkan sumber inspirasi kita daripada orang yang diberi amanah untuk menjaga kita, yakni mak ayah kita. Kita mungkin ada rasa kurang pada hubungan kita dengan mak ayah, bagaikan ada jurang yang samar-samar. Namun awak, sebenarnya kita hanyalah harta mereka. Awak kalau beli buku guna duit awak, atau beli henpon, atau beli motor, apa awak rasa? Mesti nak yang terbaik untuk benda-benda tersebut. Awak balut buku lah, beli casing henpon lah, tukar body motor lah. Samalah halnya dengan ibu bapa awak. Susah payah ibu awak lahirkan awak sehingga sanggup menggadaikan nyawanya, dan ayah awak yang susah payah menjemput rezeki untuk memastikan awak pakai pampers, ada susu bagi tumbesaran, ada duit beli rumah supaya dapat berteduh daripada terik matahari dan dinginnya gerimis, tiba-tiba secara serta merta awak buat tak kisah kepada mereka dan sanggup membenci mereka. Awak tahu tak, saya selalu dengar ceramah asatizah Malaysia kata, cara berjaya dalam kehidupan dunia akhirat adalah dengan BERBAKTI kepada mereka berdua.


Dua murobbiku yang mulia


JANGAN SEGAN BERTANYA HARAPAN

Kita harta mereka kan? Baik, jom puaskan hati mereka. Buktikan kepada mereka, yang awak akan merealisasikan impian mereka. InshaAllah anak awak akan datang, akan ikut jejak awak. Berani untuk tanya mak ayah awak apakah harapan mereka terhadap awak. Perkara ini penting supaya awak tidak mudah tergelincir daripada landasan awak dihantar ke sekolah, universiti, kerja atau bernikah sekalipun. Sekurang-kurangnya dengan harapan mereka ini, awak akan rasa bertanggungjawab untuk berbakti kepada mereka dan awak mempunyai jati diri yang utuh, tidak mudah dilalaikan dengan 
gadget yang canggih sehigga akademik merosot, atau dilalaikan melalui cinta yang mengkaburkan dunia dengan khayalan dan mimpi indah hingga terabai segala cita.

Allah SWT, pemilik kita dan pencipta kita pun telah berpesan melalui al-Quran :

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu..."


(Surah Luqman : 14)


Wallahua'lam.

Kau Gagal Bila Merasakan Kau Gagal


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah SWT, yang benar-benar telah mengizinkan saya untuk menulis post kali ini. Saya sejujurnya malas meng'update' blog, namun saya terpanggil dengan hidayah-Nya untuk inshaAllah istiqomah dengan penulisan blog ini kerana :

1- Supaya orang lain dapat manfaat dan menjadi jalan pahala buat saya.
2- Ilmu perlu diamalkan dan dikhabarkan.
3- Demi cinta dan sayang saya kepada semua pembaca yang ingin berubah bersama-sama saya.
4- Agar kesalahan saya ditegur.

Saya mulakan coretan saya saat ini inshaAllah
(08 April 2015, 21:04, Rabat, Villa Ammu Fidae, Maghribi)

Rasa Gagal Penjerumus kepada KEGAGALAN


Pada pandangan saya, GAGAL lawannya OPTIMIS. Jika tidak mahu MALAS, kena RAJIN. Jika tidak mahu MALAM, pasti mahukan SIANG. Jika tidak boleh bernikah dengan LELAKI, pasti mahukan WANITA. Semuanya ada kata lawan masing-masing. Setuju?
Jauhkan diri awak daripada rasa gagal dan jadilah orang yang optimis. Sentiasa berusaha berfikiran positif. Apakah awak tidak yakin akan janji Allah SWT dalam Surah al-Insyirah?

"Sesungguhnya tiap-tiap kesulitan pasti di/sertai kemudahan" (ayat 5)

Awak...
Apakah awak lupa akan kejayaan besar yang pernah awak lalui sebelum ini? Awak hanya melihatkan kegagalan awak yang awak telah lakukan sehingga awak rasa awak tidak mampu berjaya. Awak ingat tak saat awak berjaya masuk ke dalam telur ibu awak sewaktu awak dalam bentuk sperma? Awak telah buktikan awak berjaya mendahului jutaan sperma yang lain! Awak ingat tak saat dahulu awak tidak tidak mampu faham apa yang orang cakap sebab masih kecil atau awak duduk di negara orang lain dan akhirnya awak berjaya juga faham? Sebenarnya kita ini kurang bersyukur dengan kejayaan lalu, dan sentiasa rasa rendah semangat kerana memandang kegagalan di hadapan mata. Bersyukurlah! Nescaya awak akan ditambah nikmat! Firman Allah SWT :

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepadamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah keras!"
(Surah Ibrahim : 7)



Lihatlah Kejayaan, Senyum, dan Prihatin akan Kegagalan


Rasa lemah semangat dan "down" tu bukan untuk diketepikan tapi dijadikan iktibar. Dan jangan biarkan rasa "down" awak itu membunuh semangat awak iaitu ingin menjadi orang yang berjaya. Apabila ditimpa perasaan tersebut, tenanglah.....katakan, "ya! Akan saya perbaiki kesilapan saya. Maaf tau, saya bukan manusia sempurna." Kemudian senyum sebagai penawar....dan pandang kejayaan itu sudah ada di depan mata, cuma jauh, perlu usaha untuk sampai ke destinasi itu.
Yakin lah wahai awak yang saya cintai, apabila awak tidak menjumpai jalan keluar untuk masalah awak, Allah SWT pasti ada kuncinya sebab Allah SWT pemegang semua kejayaan dan kegagalan. Awak tidak akan mampu capai kejayaan atau kegagalan melainkan Allah SWT izinkan. Percayalah! :)

Hayati firman Allah SWT ini sebelum saya akhiri coretan saya :

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
(Ar-Ra'du :11)



Definisi Tasawuf dan Ajaran-Ajarannya

#8 بسم الله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على رسول الله. أما بعد. Bahagian I Definisi Tawasuf dan Ajaran-ajarannya (Kenyataan ...