Sunday, January 14, 2018

4 Keadaan Manusia

#3

بسم الله الرحمن الرحيم

4 Keadaan Manusia
Syarah Qasidah Abi Madyan
Oleh: Ibn Athoillah as-Sakandariy

Perkongsian: Mohd Hanis bin Nasruddin
Olahan: Siti Nursyuhada binti Ahmad Fuad


Mursyid dan Murobbi kepada Syeikh Ibn Athoillah as-Sakandariy RAH, Syeikh Abu Abbas al-Mursiy RAH menasihati anak murid yang disayanginya itu:


"Keadaan seseorang hamba itu ada 4, dan tiada 5 baginya:
Nikmat, Bala, Taat, Maksiat."


1- "Jika engkau berada dalam kenikmatan,
maka dituntut daripada engkau hak untuk bersyukur."



2- "Jika engkau ditimpa bala,
maka dituntut hak daripada engkau untuk bersabar."



Kerana...?



3- "Jika engkau dalam ketaatan, maka dituntut daripada engkau hak untuk meyakini itu adalah anugerah nikmat Allah ke atas engkau."


4- " Jika engkau bermaksiat,
maka dituntut daripada engkau hak untuk beristighfar."


[Syarah Qasidah Abi Madyan - Ibn Athoillah as-Sakandariy]



Ukir senyuman...

Kerana senyuman itu permulaan,
Bagi meredakan segala masalah yang menimpa...

Jika terasa air mata ingin berderai, lepaskan ia...

Kerana dalam air mata ada masalah yang terkumpul...
Bererti kita membuang beban kita melalui air mata...☁

- M H S -




Kadang kita alpa dan leka, hanyut dalam dosa..
Sedari itu kita pantas meragukan langkah..
Terasa diri lemah dan ingin berputus asa..

Namun andai kita mengerti nilai hijrah..
Dalam mencari jalan keluar harus bermujahadah..

Kerna Syurga itu Bukan Percuma!
Bukan sembarangan orang bisa mendapatkannya..
Bahawa sesungguhnya ada harga yang mahal untuk membayarnya..


Wallahua'lam (Allah knows best).

No comments:

Post a Comment

Definisi Tasawuf dan Ajaran-Ajarannya

#8 بسم الله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على رسول الله. أما بعد. Bahagian I Definisi Tawasuf dan Ajaran-ajarannya (Kenyataan ...