Friday, June 12, 2015

Teori Kehidupan


بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah SWT yang mengizinkan jari jemari menaip keyboard bagi menulis coretan dakwah. Syukur kerana diri masih diberi nafas dalam agama suci dan paling mulia yakni Islam. Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabiku Muhammad SAW yang sangat mulia dan gigih berjuang menyebarkan agama tauhid.

TEORI KEHIDUPAN

   Hidup ini sangat mengasyikkan, sangat unik dan sangat mempersonakan. Kadang-kadang kita boleh memahami hidup ini sangat pelik kerana terselit juga di dalam hidup ini keperitan, kesusahan dan musibah. Jadi, bagaimana kita pandang hidup di dunia ini?

i) RODA

".....kiasan hidup...ibarat roda...terkadang di atas..di bawah...di atas semula.."
Pada satu sudut, kita perlu pandang hidup ini seperti lagu  Melodi Bersama_Amar ini. Apa yang kita beri akan kita dapat, kerana hidup ini adalah roda. Seperti itu juga sabda Nabi SAW :


..فَكُنْ كَمَا شِئْتَ ، فَكَمَا تَدِينُ تُدَانُ


"..Maka jadilah kamu seperti yang kau inginkan, karena seperti apa yang kau perbuat demikianlah kau akan diberi balasan.."





ii) LAIN MANUSIA LAIN GARAM

   Jangan sesekali kita mengharapkan semua manusia ini sama. Jika baik, pasti ada yang jahat. Jika bersyukur, pasti ada yang kufur. Jika penyayang, pasti ada pembenci.

   Walau penuh lelah kita berkorban bagi mensajikan kebaikan dan kebajikan buat seseorang sama ada rakan, teman, suami/isteri, ayah/mak, dan lain-lain namun tidak semua daripada mereka yang benar-benar mengenali apakah SYUKUR itu. Kita kena ingat, jika dengan Tuhan pun manusia tidak pandai nak bersyukur, apatah lagi manusia sesama manusia! Maka tatkala ini, bekalan yang paling assential yang perlu ada dalam diri adalah IKHLAS dan melaksanakan segala-galanya kerana mengharapkan hanya Allah SWT yang akan membalas kebaikan kita. Saat ini kita akan tenang kerana tidak menagih belas kasihan manusia dan ucapan TERIMA KASIH, walaupun hakikatnya penghargaan dan ucapan semudah "syukran" itu berharga dalam diri manusia.


Tanggungjawab kita sekarang adalah buat baik yang terbaik, yaitu baik yang disertai ikhlas dan memahami asam garam manusia yang pelbagai.

Wallahua'lam

12 Jun 2015m bersamaan 24 Sya'ban 1436h
Teratak Amna Wajdi, Mohammedia, Maghribi

No comments:

Post a Comment

Definisi Tasawuf dan Ajaran-Ajarannya

#8 بسم الله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على رسول الله. أما بعد. Bahagian I Definisi Tawasuf dan Ajaran-ajarannya (Kenyataan ...