Friday, June 12, 2015

Bila ibu bahagia, SYURGA menanti :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah SWT yang sentiasa melimpahkan rahmat kasih-sayangNya kepada sekalian makhluk dengan rezeki dan nikmat tiada batas. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW yang sanggup bergadai nyawa, harta, dan jiwa bagi menyebarkan Islam.

(SILA MAINKAN VIDEO INI SEBELUM MEMBACA ARTIKEL DI BAWAH)






Oh ibu....
Bagi saya insan bernama ibu ni sangat special. Saya kadang-kadang kagum dengan wanita sebab IBU saya berada dalam kalangan mereka. 

Dunia ini kena sentiasa seimbang. 
Kita tidak boleh menafikan bahawa lelaki ada kelebihan daripada wanita dalam urusan perwarisan harta misalnya, namun menyeimbangkan dan adil dalam urusan lain dituntut. 
Contoh keadilan yang boleh kita bawakan adalah bilamana lelaki mempunyai kudrat yang tinggi dalam mengangkat benda berat, mereka boleh membantu pada aspek tersebut yang mana wanita majoritinya kurang terdaya. Namun begitu. tidak semua lelaki pandai memujuk anak menangis. Saat inilah peranan wanita berjalan. Sang ibu lebih menyelami sikap anaknya dan memahami bagaimana cara meng'goda' anaknya supaya berhenti menangis. Masakan lelaki pun kena sempurna segala perkara. Benar ianya tidak mustahil tapi sukar nak jumpa lelaki jenis macam ni...........

Berbalik kepada cerita ibu tadi,
Ibu mengandungkan anak selama 9 bulan. 9 bulan bukan sekejap bahkan lama! Dalam usaha melahirkan anak itu juga, sang ibu terpaksa bertarung nyawa melahirkannya! Ada antara para ibu yang syahidah (meninggal dunia) demi meninggalkan si kecilnya hidup di alam fana. Memang benar Allah SWT lebih menyayangi ibunya waktu itu namun terfikirkah kita apakah sebab musabab yang menjadikan nyawa ibu ditarik? Ya! Kerana berkorban demi anak dan tenteranya tercinta!

Yang lebih saya kasihan,
Sang ibu sanggup berjaga malam bagi meredakan "ngengekan" simpati si kecil, mungkin pada 2 pagi bangun untuk buat susu, kemudian bangun lagi pada 3:30 pagi untuk tukar lampin pula, kemudian pukul 5 pagi bangun untuk carikan bear kecik. Lelaki jarang merasai keadaan ini. Kebanyakan daripada mereka menyambung tidur kecuali suami mithali. Semoga kita (lelaki) tergolong dalam golongan yang soleh, bersama membuat susu anak.

Bila anaknya mula bijak berkata-kata dan bermain,
Sang ibu lebih kerap untuk bergurau senda dengan sang kecil berbanding sang bapa. Digeleteknya, ditiup perutnya, menyamar menjadi hantu kemudian dikejar, menjadi kuda "tua" yang ditunggang penunggang "muda" dan banyak lagi. Si anak riang ria berlari, menyorok dalam timbunan pakaian, menjerit-jerit ketakutan dalam keriangan....Allah! Indahnya zaman kanak-kanak bersama ibu penyayang.

Sanggup apa sahaja,
Ibu sanggup buat apa sahaja demi anaknya. Jika anaknya mahukan sesuatu yang menarik perhatiannya, sang ibu tidak tergamak untuk membiarkan anaknya tanpa dipenuhi hajatnya. Kadang-kadang dibeli sahaja tanpa melihat harga permainan walau mencecah RM1k. Sang ibu juga membeli pakaian buat anak-anak, memadani warna baju dengan jasad anak yang comel. Apa yang beliau buat adalah supaya anaknya bahagia...BAHAGIA...bahagia kerana selesa ada pakaian, mainan, dan lain-lain.

Anak yang sedih,
Sang ibu secara hakikatnya tidak sanggup melihat anaknya menangis. Pasti rasa ehsan dan sedih turut menyapa sanubari sang ibu. Disusukannya, didukungnya, dan dipeluknya erat. Dalam kehangatan pelukan ibu itu, sang anak terasa damai dan aman, merasakan dirinya bagai berteduh di bawah naungan yang melindungi dirinya daripada kejahatan luar.

Itulah serba sedikit cerita cinta ibu.
Ini cerita ibu saya, dan beberapa gambaran yang mungkin saya rasai namun tidak sedar. Saya yakin ibu-ibu kalian juga seperti ibu saya, cuma cara berbeza mungkin.
Sayangilah ibu kita. Dia hanya satu, tiada pengganti. Jika kita anak yang soleh dan solehah, perutnya pasti terasa sejuk melahirkan kita. Bila ibu bahagia, SYURGA menanti :)




Humood alKhudr_Bahasa Alam (Ibu)

Wahai Syurgaku,
Wahai yang Lemah Lembut,
Wahai mata2 ku,,kerana sanggup berjaga malam buat ku,,

Wahai pelindungku,
Wahai keamananku,
Wahai madu,,daripada bunga2 yang wangi,,

Tidak akan mampu ku penuhkanmu dgn terima kasih bagi membalas timbunan jasamu,
Biarlah ALLAH sahaja yang membalas pengorbananmu dengan Syurga2 di Akhirat kelak,

Cho :
Setiap bahasa di dunia ini menyebut namamu wahai ummi,
Dengan melitupi bibir lalu melafazkan namamu ummi X2
MAMA
YA YUMMA
YA YAMMA
YA MAMTI
YA MAMI
YA UMMI
Sejak ku dilahirkan, huruf "mim" bermain2 di bibirku,
Ia menggembirakanku dan menghiburkan hatiku dalam kegelapan perutmu,,
Lalu bersinarlah cahaya di mataku pabila dilahirkan,dan ku sebut nama mu :

MAMA~
ANNE~
IBU~
ELMAYE~
MAMO~
MADRE~
UMMA~
UMMI~~~

No comments:

Post a Comment

Definisi Tasawuf dan Ajaran-Ajarannya

#8 بسم الله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على رسول الله. أما بعد. Bahagian I Definisi Tawasuf dan Ajaran-ajarannya (Kenyataan ...